Thursday, November 29, 2012

New Chapter.

Hello there. Guess what? SPM is over!!! Woohoo SPM is over. Actually 27Nov. hari tu dah habis. Woowoo hoohoo. Kekeke. Alhamdulillah. Lega. Zaman persekolahan dah berakhir. After this dah takde dah nak lepak-lepak dengan kawan. Memang lah boleh lepak kat luar but still, lepak kat sekolah lah paling best. Feeling nye lain. Hahaha. Anyway, nak cerita pasal SPM. Pengalaman baru en. Heeee :D

Actually sejak masuk form 4, tak pernah lah nak rasa takut sangat pasal SPM ni. Even bila time senior habis SPM pon aku tak rasa gelabah lagi. Tapi bila budak PMR dah habis exam. YA ALLAH. Time tu lah rasa gelabah semacam. Sebab ape tau, terkenang result trial macam sh*t. And masa tu jugak lah nak menyesal sejak awal tak belajar elok-elok. Tapi alhamdulillah, sempat jugak ulangkaji everything. Paksa juga diri. Tak nak lah kat dewan nanti blank. And alhamdulillah, boleh jawab semua soalan. Hopefully result SPM nanti okay. Hopefully result tu boleh bawa aku masuk universiti. Insya-Allah.

Ok ini pulak cerita time SPM.

My seat. Saya duduk tengah, depaaaaaaaaaaaaan sekali. Seronok nye sebab masuk pintu je dah nampak tempat duduk. Tak payah nak jalan jauh-jauh. Bawah kipas. Hehe. And bila nak tanya soalan, nak kertas, sekejap je dah dapat. Like a boss. Tapi en ketua pengawas tu mesti menyampah dengan aku. Banyak sangat tanya. "Nak koyak yang mana?" "Ikat macam ni ke?" "Nak kena tulis ke nombor soalan?". Padahal masa awal-awal tuh ketua pengawas tuh dah explain everything. Aku ni pon. Duduk betul-betul depan dia. Nampak sangat tak focus. Hahaha. Tapi memang aku tak faham kebanyakan arahan yang diberi. Ade kertas yang kena koyak sana koyak sini. Ikat sekali dengan itu dengan ini. Banyak pulak masa aku nak risau pasal benda tu. Menyampah betul.

Ketua pengawas. Tak penat ke bangun duduk, ke sana ke sini, bukak tutup almari berkali-kali dalam masa 1 jam tuh. Ya Allah. Aku yang pening tengok. Tak boleh focus. Dugaan. Takpe lah. Saya faham tugas dia lagi banyak. Nak catat kehadiran semua. Penat. I don't blame you :)

Distraction. Ade sekali tuh, tah pak cik dari mana tah. Orang kementerian pelajaran kot. Datang jenguk. Ya Allah. MULUT TU. Dah nampak budak tengah jawab exam tu please lah, slow down your voice. Memang seronok pon saya dengar pakcik cakap kuat-kuat. Dah lah tengah buat essay English time tuh. Dugaan. Sabar je lah.

Cuti. SPM tahun ni banyak betul cuti. Deepavali lah, Awal Muharam, satu lagi tak ingat cuti sebab ape. Memang lah menyampah sebab cuti-cuti ni yang buat exam habis lambat. But, bersyukur je lah. Ade masa untuk study okay.

First day, of course lah nervous gilerrrrrrr. Time masuk dewan tu, punya lah berpeluh-peluh tapak tangan. Nak tulis no ic pon macam menggigil tangan. Tapi alhamdulillah, first day je gelabah macam tuh. Hari-hari berikutnye, dah tak nervous sangat. Bila dah last week tu lagi lah jangan cakap. Mulut ni tak henti-henti cakap "bila nak habis. cepat lah habis. tak sabar nye. Ya Allah. cepatlah".

Last day. Time last paper lagi tak boleh blah. Paper 3 Biology. Time habis 3.30PM. Tapi aku 3.00PM dah siap. Bila dah siap tu, mata memang asyik pandang je jam kat depan. Tak sabar. Bila tinggal 5 minit nak habis lagi lah. Dah start tersenyum sorang-sorang. Tak sabar sangat. Then bila ketua pengawas angkat mic nak kata masa dah habis, rasa macam nak jerit je sekuat hati. Tapi control. Maruah kena jaga. Lol.

And, last day tu seronok. Yes memang lah seronok tapi, sedih jugak. Hari tu lah hari terakhir kita tengok jumpa kawan-kawan kita semua. Memang lah boleh jumpa lagi. Tapi bukan senang okay. Hari tu juga hari terakhir aku hilang semua jawatan. Pengawas, photographer sekolah. Lol. Bila lagi en nak pakai baju sekolah ni. Kalau masuk form6 pon memang lah kena pakai, but nanti dah lain. Colour putih. Aiyoo -_-

Okay lah. Itu saja cerita. Ade 6 bulan cuti. Lain hari, lain kali saya blog lagi.

- DillaGreen

No comments:

Post a Comment