Sunday, July 28, 2013

3 days.

This weekend cuti 3 hari instead of 2 hari. Jumaat cuti. Nuzul. Ramai balik. Aku je... Eh tak lah sedih sangat sebab member aku pon tak ramai yang balik. Roomate je lah yang balik. Tapi memang mati akal ah duduk sini. Pergi J town je lah kerja. Haha. So anyway, Khamis after class pergi berbuka puasa with classmates. Jumaat pulak pergi berbuka with ma gang. Sabtu pagi pergi pasar panas shopping. Hahaha. Baba bagi green light nak shopping. Ape lagi. Jumpa pon jubah yang comel. Bahaha. K hari ni Ahad duduk dalam bilik siapkan lab report je. Ok dah bye. Next week balik cuti raya can't wait!






- DillaGreen

Thursday, July 25, 2013

Kem Kesatria Negara.

Kalau budak uitm, tak tau lah diploma je ke ape, kena ambik koko. Macam sekolah. Tapi lagi extreme. Haha tak lah. Tapi memang extreme ah. Ade exam bagai. Kalau fail kena repeat. Koko ni macam one of your subject jugak. So anyway, aku masuk Kesatria Negara. Kalau nak pass komander aku kata senang je. Datang bila ade perjumpaan and pergi kem. Soooooo, last weekend aku pergi lah kem..........

Aku kompeni Bravo. Group no 5. Kem 3 hari 2 malam. Start Jumaat. Sangat best kem dia. Hehe. Dekat je kem. Kat dalam hutan kat dalam uitm Jengka ni ha. Kampus khazanah alam kan. Mesti lah ade tempat kem dalam hutan sendiri. Heh. So anyway, kem ni memang penat. Sangat penat. Bulan puasa lak tu en. Aktiviti macam waktu siang tu tak penat sangat. Malam je penat gila babeng cuz night walk and tak tidur langsung. After night walk, terus sahur, solat subuh. After subuh ade dia kasi tidur jap tapi tempat tidur tu macam crowded gila. Aku baring pon dekat kaki orang je. Yuck.  

K pasal aktiviti tak nak lah cerita sangat. Memang yang paling best aku cakap night walk lah. Dalam group n individu. Esok nye jalan sorang tutup mata. Hehe. Sampai ade budak macam kena histeria hah. Lebih kurang macam sebelah aku pulak budak tu. Aku bagus hibernate kat tepi. Komander kacau pon buat donno je. Memang sumpah tengah mengantuk gila time tu. Dah tutup mata dengan kain ah lagi lah. Mengambil kesempatan. Tak dapat tidur kan. Haha. 

Tapi yang paling lawak time pergi kem ni satu je. Pasal Cik Bi. Cik Bi tu nama glamour untuk babi. Kitorang kat sini panggil Cik Bi. Tah berapa kali jumpa babi kat dalam kem tu. Sikit-sikit "komander ade babi". Penat komander kerja asyik nak halau babi je. Yang paling tak boleh blah waktu hari sabtu malam tu. Time tengah baca doa after solat isyak, ade babi lalu kat belakang dewan, tempat kitorang solat, berkumpul semua. Kecik je dewan tu. Masa babi ni lalu, perempuan-perempuan kat saf belakang ni macam dah gelabah, dorang macam lari ke depan tau. Orang depan pon ape lagi, lari ah sekali. Takkan nak kena pijak kot. Last-last satu dewan tu bangun lari ke depan sebab babi tu. Padahal babi tu nak lalu je. Yang siswi dah lari ke depan, saf siswa. Mau tak gelabah siswa. Dah lah pakai kain pelekat je. Mamat depan aku lagi lawak. "WUDUK AKU!!". Siap ade yang lompat atas stage lagi dorang kata. Serious terkejut. Bayangkan kau tengah baca doa tetiba kau pusing belakang tengok macam ombak datang kat kau. Aku duduk saf depan. Pergh. Tu perkara yang memang takkan dilupakan. Balik kem terus call parents cerita pasal babi tu. Abang kat Sabah pon aku call. Adoi rindu pulak rumah........... Ok tu je. Tak ingat sangat aktiviti yang lain. Aku ingat aku jerit bila dapat bersurai je. Hehe. Ok bye :)


btw nasib baik pakai kasut tu, sneakers beli masa form 2 kat Alamanda. RM50. Haha. Lumpur habis time night walk! Sayang kasut sukan colour neon pink tak nak bawak. Hehe :D
- Dilla

Thursday, July 11, 2013

One month.

One month ape cuba teka. Haha tak payah lah. One month (9 hari) dah duduk Jengka ni. Jadi budak U. Haih seriously rindu zaman sekolah. Dulu menyampah kemain amboi. But seriously doh. Aku rindu sekolah. Duduk sebulan sini, banyak mengajar ku untuk jadi lebih confident, lagi rajin, lagi banyak berjalan, kurangkan tidur, makan banyak, kira duit sepanjang masa, berjimat, bersabar, redha. Ada hikmah nye ye anak-anak. Eh macam ceramah dah. So. Now pon bulan Ramadhan. Sedih sikit lah sebab tak dapat buka puasa kat rumah. Takde baba nak call petang-petang tanya nak makan ape for buka. Takde mama kejut bangun sahur sampai jantung aku boleh tercabut. Takde ayam madu jelly kelapa. Takde nak terawih kat masjid bbst. Takde nak makan baba masak sedap-sedap. Balik nanti memang lah balik. Time nak dekat raya tu. Weekend lain semua tak balik. Tak boleh. Kem kesatria negara tu lah. Baba pi Sabah takde orang nak pick up kat erl. Weekend Nuzul Quran tu pulak macam dah dekat sangat dengan cuti raya. Macam menyusahkan pulak nak balik. Haihhh. Takpe lah Abang kata duduk je situ. Tak payah nak sedih sangat. Ok... Raya pon cuti sampai raya ke-4 je. Raya ke-5 dah start kelas. Ok..... Demi masa depan. Kita berkorban....... *buat muka serious*

- DillaGreen

Sunday, June 9, 2013

Orientation.

Alhamdulillah sekarang dah jadi pelajar UiTM Pahang. The best campus cawangan they say.. So masuk last week, Sunday. Today is Sunday. So dah 1 week duduk sini. So far Alhamdulillah okay. MDS (orientation) pon okay. Banyak taklimat je. Sakit bontot duduk. Lepas tu asyik kena marah dengan Abang kakak OC (feci). Turun lewat lah pakai baju tak ikut peraturan lah. Aku tak buat salah pon kena marah. Haha ceh tapi tak berapa nak terasa pon sebab I budak baik tak buat salah. Hehe. *muntah jap*. Tapi jangan salah faham lah. Abang kakak OC tu semua sporting je sebenarnye. Kalau dorang buat lawak, gelak sampai air mata meleleh. Marah tu biasa lah. Nak jalankan tanggungjawab. Certain student je lah yang perangai tak senonoh asyik nak kutuk marah OC  bila kena tegur. Bangang tahap maximum. Buat hal pahal? Dengan ade satu malam tu time tengah berkumpul black out, pergh memang menguji kesabaran. Dah aku duduk dekat dengan gang yang mulut tak boleh nak diam even for 1 sec, mencaci OC je, gedik gila. Sabar je lah. Dengan member sama course pengsan lagi time tu. Panas and crowded kan. Dia pengsan depan aku mau tak gelabah nye. Tapi dok sini best lah jugak. Roommate best tak gedik. Sekarang dah kamcing dah. Dah panggil aku kau dah. Haha. Bilik pon okay. Katil dia tak keras. Cuma aku tak berapa nak berkenan dengan tandas je..... And also bab nak basuh baju. Penat lah basuh baju. Hahaha. Eh lari topic lak. Patut lah BM setahun sekali je dapat A.

So, orientation memang best. And penat of course. Taklimat, kena kejut pukul 3, kena marah, gelak sakan, makan free, nyanyi lagu uitm sampai sebak, menyanyi dengan OC time majlis penutup and also final event semalam. Pergh OC ni semua punya semangat buat "drama" eh. Ade siswi air mata dah meleleh dah. Tapi aku dah tau dah from beginning nak start drama tu. Pernah terbaca kat blog someone. Yes terbaca sebab aku google uitm jengka gila-gila before masuk. Haha. Nak tau drama ape, masuk lah uitm jengka ni. Uitm pahang. Sama je lah. Uitm khazanah alam. Haa ambik kau. Nama glamor tu. Kampus khazanah alam.

- DillaGreen

Monday, April 29, 2013

Iron Man 3.

Haiiiii hari ni pergi Pesta Buku at PWTC. With my friend Ada & Nadia of course. Diorang yang nak pergi. Me? Hahaha takde function der I nak pi situ. Buku pon tak baca. Buku teks & buku rujukan je yang I baca. Bila nak exam. Fuh diorang kalau bab beli novel. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah tak ingat dunia dah! Tah berapa lah duit dorang belanja on novels hari ni . And bila dah beli nak kena angkat pulak. Kesian tengok dorang carry bag berat. Haha. I jalan bebas je lol. Takde bebanan. After kitorang dah pi pesta buku, pi KLCC pulak. Lunch and tengok Iron Man 3. I yang semangat nak tengok. My mission keluar hari ni sebab nak tengok Iron Man 3 je. Hahaha. And again, kesian tengok bawak bag berat ke hulu ke hilir. Bahaha sorry guys!

So the title Iron Man 3 sebab I lagi semangat pasal Iron Man 3 than pesta buku. Hahaha. Tengok macam orang gila je gelak. Iron Man yang before takde lah aku gelak sakan sangat. Partner gelak Nadia ah. Ada tengok movie tak gelak sakan macam me and Nadia. Why so serious maa. Tidur pulak tu. Hahaha. Anyway, it was awesome k. Seriously. Kalau yang follow movie ni like me for sure lah akan tengok no matter what kan. Haish nanti kalau dah sambung belajar kat mana-mana ke dah tak boleh dah nak pi tengok wayang macam biasa. Alaa. Lagi-lagi kalau dapat kawasan pedalaman kan. Hmmmm...

Oh btw, thanks tu ayah Ada cuz hantar kitorang sampai depan PWTC that morning. Jimat sikit duit and masa tak payah naik train. Hehe. Before pukul 10 dah sampai tau. Dewan pon belum bukak. Semangat nau. And and, hari ni nampak budak-budak sekolah I tau. Datang rombongan pakai baju sekolah. Haha hi juniors! (kenal pon tak). Heh.











p/s: Lawak tau me and Ada pakai baju yang quite the same. Haha takpe lah. Sekali sekala kan.

- DillaGreen

Wednesday, April 17, 2013

Noob.

Ok so I just got my driving license. Baru 2 bulan. "Fresh" lagi orang kata. Boohoo. So anyway, orang yang baru dapat lesen or should I say orang yang macam I yang baru dapat lesen ni cuma tahu drive kereta sahaja. Honestly. I tau bawak kereta je. I tak isi minyak, angin, tambah air bagai semua bullshit pasal kereta I don't care. I tau drive je.

K so noob me tadi pergi klinik sebab nak jumpa doktor lah of course. So drive lah kereta (dengan mama) pergi. Bila dah park, mama ni bising pulak suruh straight kan tayar. Ala what's the big deal. Then nak puaskan hati seorang ibu aku buat lah. Tapi like I said, I'm noob bab kereta ni. I tak start engine then terus pusing steering. Then tiba-tiba steering stuck! I'm like "what the heck. Pahal. Ape aku buat ni". Then masuk kan kunci nak start engine. Kunci tak boleh pusing (if u know what I mean). Mama pon sama noob bab kereta. So memang blur gila ah time tu. Dalam otak aku fikir "MATI LAH AKU". Then I tried not to panic and buat muka tembok masuk kedai tayar mintak tolong apek cina. Dia datang kat kereta and kata "oh ini sama steleng keleta auto kalau tara start enjin Lu pusing dia akan lock wo. Kasi pencuri tara boleh kasi curi keleta. Ini sama Lu masuk kan kunci lapas itu Lu pusing2 sama steleng." OOOOOOOOOOOOOOH. Sumpah dalam hati lega tak terkata. Hahaha. Terima kasih k apek. Lepas steering dah boleh gerak ape apek tu kata aku tak dengar. Hahaha. Then I begged my mom not to tell my dad. So right now, he still doesn't know. Hehe.

- Dilla

Tuesday, March 26, 2013

That moment.

Last week ambil result. Yup. Last week. Macam biasa lah saya. Benda yang dah lama berlalu baru nak blog ahaks. K so k. Result wa tara lah gempak macam classmate wa 6 orang tu yang dapat straight A tu (ni lah penat duduk kelas depan ni but still congrats korang! I sayang korang. Korang pandai pon but still korang baik suka ajar I bila I mintak tolong. Semoga rezeki melimpah ruah di masa akan datang =] ). Result wa macam result dorang jugak. Tolak 4A je.. And tambah 1C. Hahaha tak faham? Pergi mampus.

Result tak seberapa pon kita kena tetap bersyukur jugak. I memang dah expect dapat result macam ni. I memang bukan jenis yang pandai gila gila, belajar gila gila. That's why kot. Takde rezeki. Kalau dekat Twitter orang kata "SPM IS EVERYTHING". Bullshit lah lu! SPM is not everything. Ramai je yang result SPM macam rojak berjaya kat dunia ni okay. Yang penting is your usaha. Never give up. Doa.

Tapi kan I tak puas hati dengan satu benda je. Hari result keluar tu, Khamis lepas, I tak faham lah kenapa SMK Bandar Baru Salak Tinggi yang tercinta I tu nak announce result budaks yang dapat 9A-6A. I mean, dulu masa I PMR takde pon. Tah sejak bila tah wujud proses macam ni. Bagi je lah result tu alahai. Macam tak adil tau. Students semua kena tunggu nama budak 9A-6A announce, then bila dah habis, baru budak yang nama tak dipanggil boleh ambil result kat guru kelas. Bukan nak cakap ape lah kan tapi tak fikir ke perasaan budak-budak or parents budak-budak yang dapat below 5A. Nama yang tak kena announce tu. Macam I. Kesian I. Jealous tengok budak-budak naik pentas (hahaha). Nama I tak kena panggil pon. Bila dah habis announce, cikgu simply said "pelajar lain sila ambil keputusan kat guru kelas masing-masing". Buang masa kot. Pukul 11 baru I dapat result tau. Penat je tunggu dengan gelabah nye kat dewan tu. Penat bapak I tunggu I call from pukul 10. Hmmmmm...

p/s: I cakap kat kawan nak nangis that day but air mata tak keluar lol. Hanya mampu gelak je bila tengok C tu. Hahaha.

- DillaGreen