Saturday, December 22, 2012

Choices.

Hi.

Dah habis SPM, dah habis sekolah. Memang lah seronok. Siapa tak suka dah habis sekolah. Tak payah nak bangun pagi-pagi buta. Sampai sekolah pukul 6.50AM eventhough rumah dengan sekolah tak sampai 5 minit pon kalau naik kereta. Lepas tu kena tunggu kat dewan sorang-sorang. Balik dah lah jalan kaki. Panas terik macam mana pon. Bila hujan pulak kena tunggu kat sekolah. Cari kawan nak minta tolong tumpang. Menyedihkan sungguh. Haha itu saya je.

Anyway, memang 'banyak faedah' dah habis sekolah ni. LOL. Tapi en, kalau sekolah ni seronok juga sebab everything dah disiapkan. Pihak sekolah semua dah siapkan jadual, kalau daftar koko, cikgu buatkan lah bla bla bla boleh dikatakan semua cikgu/pihak sekolah buatkan. Students yang comel-comel ni tak payah buat ape sangat pon. Study and stay out of trouble je. School is not that complicated. Tapi sekarang dah tak sekolah, so kena start fikir nak buat ape. Nak ambil course ape after dapat result. Some said 'buat ape. lama lagi. result pon belum dapat'. Ye lah. I know lah result belum dapat. Tapi kita perlu at least think nak ambil ape. List down few choices. Nanti dah dapat result, tak payah lah nak serabut. Ini semua advice from my brother and my cousins. Semua dah besar dah masuk universiti kan. Saya ni kira macam the youngest dalam group teen/young adult ni. Hahaha.

So anyway, I did list down some of my choices. But entah lah. Berbelah bahagi hati ni.(?) Nak belajar Biology. Minat sangat dengan Biology eventho ada orang kata nak kena baca banyak lah. Whatever. That's your problem. Tapi kalau macam scince ni, dulu macam cakap nak Pharmacy tapi lepas SPM, dah tawar dah hati dengan chemistry. Lol. Tapi kalau ambik science memang kena ambil chemistry jugak. Damn. And one more, I minat Physiotherapy. Tapi tah lah. Macam takut pulak. Sekali urut-urut patient tu, alamak salah urut pulak. Paralyse. Permanently. Mampus kena saman. Actually I jadi macam takut dengan kerja yang merawat orang ni sebab dulu kan pernah sekali keluar berita pasal doctor salah buat ape tah dengan sorang baby ni. Lepas tu tangan baby tu kena potong. Ya Allah O_O

Soooooo, bila dah masuk form5 en, tah kenapa macam lebih minat dengan ICT/IT stuff. Maybe pengaruh abang? Dia pon IT student. Even dulu time mula-mula form4 pon, time kena 'campak' dalam kelas account tu en, bila isi borang tukar kelas tu pon macam berbelah bahagi nak pilih kelas Sains Tulen or ICT. Tapi, mama ni suka cakap benda yang boleh menjatuhkan semangat orang tau. Dia kata 'tak payah. buat ape nak ambil sama macam abang kau'. What the hell. As a MOTHER, you should try to understand your children and support them. Ni tak. Baru cakap sikit dah cakap NO. Ah whatever. My dad sokong. So, ikut baba. Kalau cakap dengan mama ni sakit hati je. Besides, abang ambil computer science. I lagi minat Information Technology cuz dia macam ade link dengan business... Kot. Entah. Kalau tak menjadi jugak, nak ambil mass comm. Abang kata mass comm ni kalau result teruk pon boleh dapat. Ye ke? Tapi macam best je mass comm. Hahaha aku ni ikut best ke tak je. Bengong betul -_-

Tapi tu lah. Kena tunggu result juga kan. Tunggu je lah. But at least I have some hala tuju. Lol k dah bye.

- DillaGreen

No comments:

Post a Comment