Thursday, July 25, 2013

Kem Kesatria Negara.

Kalau budak uitm, tak tau lah diploma je ke ape, kena ambik koko. Macam sekolah. Tapi lagi extreme. Haha tak lah. Tapi memang extreme ah. Ade exam bagai. Kalau fail kena repeat. Koko ni macam one of your subject jugak. So anyway, aku masuk Kesatria Negara. Kalau nak pass komander aku kata senang je. Datang bila ade perjumpaan and pergi kem. Soooooo, last weekend aku pergi lah kem..........

Aku kompeni Bravo. Group no 5. Kem 3 hari 2 malam. Start Jumaat. Sangat best kem dia. Hehe. Dekat je kem. Kat dalam hutan kat dalam uitm Jengka ni ha. Kampus khazanah alam kan. Mesti lah ade tempat kem dalam hutan sendiri. Heh. So anyway, kem ni memang penat. Sangat penat. Bulan puasa lak tu en. Aktiviti macam waktu siang tu tak penat sangat. Malam je penat gila babeng cuz night walk and tak tidur langsung. After night walk, terus sahur, solat subuh. After subuh ade dia kasi tidur jap tapi tempat tidur tu macam crowded gila. Aku baring pon dekat kaki orang je. Yuck.  

K pasal aktiviti tak nak lah cerita sangat. Memang yang paling best aku cakap night walk lah. Dalam group n individu. Esok nye jalan sorang tutup mata. Hehe. Sampai ade budak macam kena histeria hah. Lebih kurang macam sebelah aku pulak budak tu. Aku bagus hibernate kat tepi. Komander kacau pon buat donno je. Memang sumpah tengah mengantuk gila time tu. Dah tutup mata dengan kain ah lagi lah. Mengambil kesempatan. Tak dapat tidur kan. Haha. 

Tapi yang paling lawak time pergi kem ni satu je. Pasal Cik Bi. Cik Bi tu nama glamour untuk babi. Kitorang kat sini panggil Cik Bi. Tah berapa kali jumpa babi kat dalam kem tu. Sikit-sikit "komander ade babi". Penat komander kerja asyik nak halau babi je. Yang paling tak boleh blah waktu hari sabtu malam tu. Time tengah baca doa after solat isyak, ade babi lalu kat belakang dewan, tempat kitorang solat, berkumpul semua. Kecik je dewan tu. Masa babi ni lalu, perempuan-perempuan kat saf belakang ni macam dah gelabah, dorang macam lari ke depan tau. Orang depan pon ape lagi, lari ah sekali. Takkan nak kena pijak kot. Last-last satu dewan tu bangun lari ke depan sebab babi tu. Padahal babi tu nak lalu je. Yang siswi dah lari ke depan, saf siswa. Mau tak gelabah siswa. Dah lah pakai kain pelekat je. Mamat depan aku lagi lawak. "WUDUK AKU!!". Siap ade yang lompat atas stage lagi dorang kata. Serious terkejut. Bayangkan kau tengah baca doa tetiba kau pusing belakang tengok macam ombak datang kat kau. Aku duduk saf depan. Pergh. Tu perkara yang memang takkan dilupakan. Balik kem terus call parents cerita pasal babi tu. Abang kat Sabah pon aku call. Adoi rindu pulak rumah........... Ok tu je. Tak ingat sangat aktiviti yang lain. Aku ingat aku jerit bila dapat bersurai je. Hehe. Ok bye :)


btw nasib baik pakai kasut tu, sneakers beli masa form 2 kat Alamanda. RM50. Haha. Lumpur habis time night walk! Sayang kasut sukan colour neon pink tak nak bawak. Hehe :D
- Dilla

4 comments: