Result tak seberapa pon kita kena tetap bersyukur jugak. I memang dah expect dapat result macam ni. I memang bukan jenis yang pandai gila gila, belajar gila gila. That's why kot. Takde rezeki. Kalau dekat Twitter orang kata "SPM IS EVERYTHING". Bullshit lah lu! SPM is not everything. Ramai je yang result SPM macam rojak berjaya kat dunia ni okay. Yang penting is your usaha. Never give up. Doa.
Tapi kan I tak puas hati dengan satu benda je. Hari result keluar tu, Khamis lepas, I tak faham lah kenapa SMK Bandar Baru Salak Tinggi yang tercinta I tu nak announce result budaks yang dapat 9A-6A. I mean, dulu masa I PMR takde pon. Tah sejak bila tah wujud proses macam ni. Bagi je lah result tu alahai. Macam tak adil tau. Students semua kena tunggu nama budak 9A-6A announce, then bila dah habis, baru budak yang nama tak dipanggil boleh ambil result kat guru kelas. Bukan nak cakap ape lah kan tapi tak fikir ke perasaan budak-budak or parents budak-budak yang dapat below 5A. Nama yang tak kena announce tu. Macam I. Kesian I. Jealous tengok budak-budak naik pentas (hahaha). Nama I tak kena panggil pon. Bila dah habis announce, cikgu simply said "pelajar lain sila ambil keputusan kat guru kelas masing-masing". Buang masa kot. Pukul 11 baru I dapat result tau. Penat je tunggu dengan gelabah nye kat dewan tu. Penat bapak I tunggu I call from pukul 10. Hmmmmm...
p/s: I cakap kat kawan nak nangis that day but air mata tak keluar lol. Hanya mampu gelak je bila tengok C tu. Hahaha.
- DillaGreen
No comments:
Post a Comment