Wednesday, April 17, 2013

Noob.

Ok so I just got my driving license. Baru 2 bulan. "Fresh" lagi orang kata. Boohoo. So anyway, orang yang baru dapat lesen or should I say orang yang macam I yang baru dapat lesen ni cuma tahu drive kereta sahaja. Honestly. I tau bawak kereta je. I tak isi minyak, angin, tambah air bagai semua bullshit pasal kereta I don't care. I tau drive je.

K so noob me tadi pergi klinik sebab nak jumpa doktor lah of course. So drive lah kereta (dengan mama) pergi. Bila dah park, mama ni bising pulak suruh straight kan tayar. Ala what's the big deal. Then nak puaskan hati seorang ibu aku buat lah. Tapi like I said, I'm noob bab kereta ni. I tak start engine then terus pusing steering. Then tiba-tiba steering stuck! I'm like "what the heck. Pahal. Ape aku buat ni". Then masuk kan kunci nak start engine. Kunci tak boleh pusing (if u know what I mean). Mama pon sama noob bab kereta. So memang blur gila ah time tu. Dalam otak aku fikir "MATI LAH AKU". Then I tried not to panic and buat muka tembok masuk kedai tayar mintak tolong apek cina. Dia datang kat kereta and kata "oh ini sama steleng keleta auto kalau tara start enjin Lu pusing dia akan lock wo. Kasi pencuri tara boleh kasi curi keleta. Ini sama Lu masuk kan kunci lapas itu Lu pusing2 sama steleng." OOOOOOOOOOOOOOH. Sumpah dalam hati lega tak terkata. Hahaha. Terima kasih k apek. Lepas steering dah boleh gerak ape apek tu kata aku tak dengar. Hahaha. Then I begged my mom not to tell my dad. So right now, he still doesn't know. Hehe.

- Dilla

No comments:

Post a Comment